Khamis, 22 Oktober 2009


Rabu, 16 September 2009

TOTURIAL GRAFIK

FOOTER



HEADER


BUKU
BROCHER

DISNEY

PENGENALAN

Pada masa kini, terdapat pelbagai jenis kain pada masa kini iaitu kain sutera, batik, setting dan lain. Kain-kain ini boleh di dapati di semua pasaraya ataupun gedung-gedung kain tertentu. Harga bagi setiap kain adalah mengikut coraknya. Keunikan coraknya menarik minat para pelanggan untuk memilikinya kerana ia menjadi lebih bermutu tinggi.

KAIN SETTING


Salah satu kain yang dihasilkan iaitu kain setting. Kain ini sesui digunakan pada setiap musim iaitu musim panas ataupun musim sejuk. Kain setting ini juga digunakan oleh semua lapisan masyarakat sama ada tua, muda ataupun kanak-kanak. Tambahan pula harganya yang berpatutan iaitu RM20 kea atas. Corak kain ini juga adalah pelbagai iaitu bercorak bunga, bulat dan pokok.

KAIN SILK



Kain yang ada di pasaraya menjelang hari raya adalah kain silk. Kain silk merupakan buatan dari Thai, Korea dan juga China. Kain ini adalah bersulam lembut dengan hasil tangan yang ada di pasaraya pada masa kini. Selain itu, kain silk juga menjadi pilihan bagi kaum wanita malahan sesuai juga bagi kaum kanak-kanak. Harga kain ini berpatutan dan berbentuk kerawang serta dijual dalam seunit. Kain silk juga merupakan rangkaian pada masa kini malahan ia kelihatan menarik dan keseniannya adalah unik.

KAIN LACE

Kain lace merupakan salah satu rekaan yang dihasilkan oleh para pereka fesyen. Kain lace juga dihasilkan dalam pelbagai warna seperti biru, kuning, oren dan merah. Selain itu, kain lace juga merupakan salah satu ciptaan zaman sekarang yang sentiasa digunakan oleh kaum wanita pada zaman sekarang. Tambahan pula, kain ini juga dijual pada harga yang berpatutan dimana harganya dalam lingkungan RM60 untuk 2 meter. Ia sesuai digunakan dalam majlis perkahwinan ataupun makan malam.

KAIN FELT

Kain felt yang dikenal juga dengan nama kain flanel, merupakan sejenis bahan yang terbuat dari lapisan wol yang dikompresi dengan proses panas dan agitasi (definisi kain felt diambil dari Buku Pernak-pernik unik dari kain felt. Kain ini dapat digunakan untuk membuat pelbagai kreasi yang unik. Kegunaan kain felt membuat felt mascot yang dimulai dari bentuk paling sederhana seperti mascot binatang dan cartoon sampai membuat felt cake.


KAIN COTTON

Pelbagai koleksi cotton yang jarang terdapat di Malaysia. Stok cotton kami datang dari seluruh pelusuk dunia terutamanya India dan Jepun. Cotton India sangat selesa dipakai kerana amat ringan materialnya. Cotton jepun pula sedikit tebal berbanding cotton India tetapi amat selesa kerana rasa sejuk kain cotton itu sendiri memberi keselesaan apabila memakainya. Kain cotton ini dijual pada harga yang berpatutan di pasaraya-pasaraya tertentu. Di samping itu, kain ini juga boleh di dapati di gedung-gedung kain Nagoya, Wakf Che Yeh dan butik-butik tertentu. Pakej harga bagi kain cotton antara lingkungan RM 65 yang diimport dari Indonesia dan India.


KAIN KAPAS

Kain kapas memang digemari segenap lapisan masyarakat di negara ini. Selain lembut, ia tidak mampu menyerap peluh dan sesuai di negara beriklim Khatulistiwa seperti Malaysia.Kain kapas yang digunakan diimport dari Pakistan, China dan India bagi memberi sentuhan eksklusif. Kain kapas yang lebih lembut dan mempunyai banyak pilihan.Walaupun harganya mahal, pakaian ini telah dijual di butik-butik iaitu RM100 (sepasang) dan RM80 (untuk kain meter).tambahan pula, kain kapas amat sesuai dijadikan baju kurung kerana ia lebih bergaya dan blaus labuh bersama celana panjang. Selain itu,rona lembut, kain kapas gelap seperti hitam mampu kelihatan menarik dengan rekaannya. Kain kapas bersulam dan kain kapas pula bercorak lebih cantik berbanding fabrik biasa kerana motifnya seakan hidup.

KAIN SIFON


Kelembutan sifon merupakan suatu rekaan yang mempesona malahan dijual di gedung-gedung seperti butik sireh pinang, Subang Parade, Subang Jaya, Selangor .Kegunaan kain sifon yang banyak juga telah dijual dalam pelbagai termasuk kurung pesak gantung dan pesak Brunei, kurung Kedah moden serta blaus panjang. Selain itu, kain sifon juga dijual dalam pelbagai kombinasi warna iaitu merah, putih, oren dan biru. harganya adalah berpatutan antara RM20 ke atas.




KAIN BATIK

Keaslian batik merupakan kain pasang yang berbentuk sutera batik exlusif. Kombinasi kain ini dijual dalam 2 jenis kain sutera iaitu sutera asli kelantan [bukan terengganu] dan sutera jaquard, sutera jacquard. Kesemua kain sutera ct mempunyai jaminan dari segi kualitinya dimana keliahatan mutu warnaya adalah bermutu tinggi. Keadaan ini apat dilihat apabila ia tidak luntur semasa seseorang itu mencuci baju. Kehalusan kain ini dapat menarik minat para pengguna minat para pelanggan menggunakan kain batik ini. Tambahan pula, kesenian batik adalah satu kaedah reka bentuk dan pencorakan tekstil yang diaasaskan kepada penggunaan lilin dan pewarna. Lilin digunakan sebagai pemisah warna yang dilukis atau diterap ke atas permukaan tekstil. Warna kemudiannya disampaikan kepada tekstil samada dengan kaedah celupan atau menggunakan berus. Seni batik unik dan istimewa kerana tidak ada sehelai batik yang sama dengan yang lain sekalipun menggunakan blok cap dan warna yang sama. Keunikan setiap helai ini tambah terserlah dalam seni batik tulis.